Thursday 20 May 2010

Oat bread


Kerana tak pueh hati ngan hasil roti I tempoh hari, kali nie i buat balik semula. Ubah teknik sikit, lepas tu tambah oat jek. Teknik dia bagi orang yang malas cam i nie hah. Kalau rasa nak bakar esok pagi tanpa menunggu lama untuk proofing kali kedua (sebab biler dah di alihkan dari bread maker ke loyang pembakar - anda kena proofing sekali lagi (45 minit) untuk doh tu naik semula), lepas habis jek sesi breadmaker tu, keluarkan doh, tumbuk-tumbukkan dia, uli sekajap dan buatlah rupa bentuk yang anda suka, masukkan dalam loyang pembakar, tutup dengan kain lembap- anda pergilah tidur lepas tu. Esok pagi, terus je bakar. =)

Bahan-bahan
1. 225mL air suam (i ganti susu segar suam)
2. 25g butter (lembutkan)
3. 11/2tbsp gula pasir
4. 11/4tsp yeast
5. 450g tepung roti (I guna tepung gandum biasa ja...)
6. 11/2tsp garam
7. 1/2 cawan oat


Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam breadmaker
2. Select DOUGH mode
3. Kalau nak bakar sekali boleh set LOAF
4. Kalau nak bakar guna oven, bakar pada suhu 180C selama 30-40 minit

No comments: