Friday 21 May 2010

Breakfast Muffin

Malam nie sekali lagi i telah menggedikkan diri ke dapur nak buat baking. Hari nie buat muffin lagi. Tapi bukan muffin Malaysia. I buat english muffin. Beza english muffin dengan malaysian muffin, english muffin guna banyak tepung, which mean, lagi keras berbanding dengan malaysia punya. Rasa, puas hati!!! First time buat, terus jadi. Ni sambil menaip ni pun, dok makan lagi. heheheheh....



Bahan-bahan:
  • 125g wholemeal flour , sifted
  • 125g plain flour , sifted
  • 2 tsp baking powder
  • 100g molasses sugar or other dark sugar
  • handful pumpkin seeds , plus a few extra for the top
  • a handful sultanas or raisins
  • 100ml oil (use any oil without much flavour)
  • 4 bananas , very ripe and mashed (or 350ml thick fruit purée)
  • 2 eggs , lightly beaten
  • 2 tbsp milk 
Nie resepi asal...tapi aku ubah sikit-sikit. Contohnya, dua-dua tepung tu, aku pakai self raising flour 250g. Molasses sugar, aku ganti ngan brown sugar. Pumpkin seeds, aku ganti ngan sunflower seeds, sultanah aku ganti ngan mix fruits, 100mL oil aku ganti ngan butter yang dicairkan dan akhir sekali, pisang, aku tak guna dan tak substitute. Ops...hampir lupa, aku tambah 1tsp esen vanilla.Lagi sekali...terlupa... cokelat kepingan, dipatah ikut ukuran segmen chocolate tersebut.

Car-cara:
1. Pukul  telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen dan susu.
2. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali butter. Kaup perlahan-lahan.
3. Masukkan butter cair, kaup sekali lagi.
4. Penuhkan 1/2 cup cake dengan mix better.
5. Masukkan kepingan chocolate dan tutupkan



6. Taburkan sunflower seeds dan mixnut di atas muffin tersebut



7. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 20-22 minit













.

Thursday 20 May 2010

Oat bread


Kerana tak pueh hati ngan hasil roti I tempoh hari, kali nie i buat balik semula. Ubah teknik sikit, lepas tu tambah oat jek. Teknik dia bagi orang yang malas cam i nie hah. Kalau rasa nak bakar esok pagi tanpa menunggu lama untuk proofing kali kedua (sebab biler dah di alihkan dari bread maker ke loyang pembakar - anda kena proofing sekali lagi (45 minit) untuk doh tu naik semula), lepas habis jek sesi breadmaker tu, keluarkan doh, tumbuk-tumbukkan dia, uli sekajap dan buatlah rupa bentuk yang anda suka, masukkan dalam loyang pembakar, tutup dengan kain lembap- anda pergilah tidur lepas tu. Esok pagi, terus je bakar. =)

Bahan-bahan
1. 225mL air suam (i ganti susu segar suam)
2. 25g butter (lembutkan)
3. 11/2tbsp gula pasir
4. 11/4tsp yeast
5. 450g tepung roti (I guna tepung gandum biasa ja...)
6. 11/2tsp garam
7. 1/2 cawan oat


Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam breadmaker
2. Select DOUGH mode
3. Kalau nak bakar sekali boleh set LOAF
4. Kalau nak bakar guna oven, bakar pada suhu 180C selama 30-40 minit

Orange sponge cake


Nie adik I yang buat. I tak try lagi. Tapi memang best ler. I memang suka makan sponge cake dari cake biasa - sebab fluffy kan... Adunan nie memang dapat banyak. Rasanya sesuai untuk loyang cake yang ada lubang kat tengah-tengah tu ( i tak tau apa namanya...) Sebab kami takde loyang tu, so pakai loyang cake biasa. Jadi, sebab adunan nie banyak, dapatlah 2 buku cake. Satu ngap terus...hat yang satu lagi decorate ngan whipping cream. So...layan lah yek

Bahan-bahan A:
1. 11/2 cawan tepung gandum
2. 1/4 cawan gula castor
3. Secubit garam

Bahan-bahan B:
1. 6 putih telur
2. 1 tsp cream of tartar
3. 1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan C:
1. 6 kuning telur
2. 2/3 gula castor
3. 1/2 cawan jus oren (i pakai sunquick)
4. 1 tbsp kulit limau

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan C, pukul sampai kembang
2. Bila dah cukup kembang, masukkan bahan A. Kaup perlahan-lahan. *Jangan putar pakai mixer*
3. Di bekas yang lain, pukul telur putih sehingga separa kembang. Masukkan gula dan cream or tartar. Pukul sampai betul-betul kembang (stif)
4. Kaupkan telur putih ke dalam adunan tadi
5. Lengserkan bekas dengan butter/marjerin. Masukkan adunan 3/4 bekas
6. Bakar pada suhu 180C, 20-30minit

Nilah rupa sponge kek yang telah selamat dibedal dalam masa beberapa saat jek...oooppssss