Tuesday 9 March 2010

Cornflakes milo

Lepas buat biskut koko tu...I gedik pulak nak buat biskut corflakes. lagi pun cornflake kat rumah nie dah masuk fasa LEMAU... so sayang ler nak buangkan. so, I buatlah biskut corflakes. I ikut resipi nie. Tapi ada buat sedikit modifikasi. First tak bubuh milo. No dua, I bakar. No 3, I campur appricot, cranberries ngan kacang. Hehehehe.... Bakar 5 minit jek pada suhu 180C.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 100 Gram Mentega
  • 100 Gram Cornflakes
  • 100 Gram Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Golden Syrup

Cara-cara

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
  3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

    PS: kalau tak mau milo berketol-ketol, larutkan milo ngan sedikit air

    No comments: