Tuesday 22 December 2009

Daging salai masak lemak cili api



Bahan-bahan:
A. Daging Salai:
1. 1kg daging lembu. Di potong sebesar dua tapak tangan dan setebal 1/2 inci

B. Masak lemak
1. Kepingan daging salai yang di potong kecil-kecil (400-500gm)
2. Cili padi 5 biji ditumbuk (nak pedas, boleh tambah lagi, nak kurang pedas, boleh kurangkan)
3. Sebatang serai dititik
5. 1/2 tin santan
6. 11/2 cawan air masak
7. Sekeping asam keping atau boleh diganti dengan 1/2 biji tomato
8. Garam secukup rasa

Cara-cara:
A. Daging salai
1. Basuh daging tu bersih-bersih dan toskan sehingga benar-benar kering
2. Kita ada dua cara untuk menyalai daging nie. Satu - gunakan bara api dimana kita letakkan daging tu di atas besi dawai. Cara ini mengambil masa yang lama, tapi rasanya cukup sedap. Dua - gunakan api dari oven. Saya gunakan oven yang api nya dari atas sahaja - Cara nie lebih cepat (15-20 minit) tapi agak kering berbanding dengan cara pertama. Walau bagaimanapun rasanya hampir sama bila dimasak nanti.

B. Masak lemak
1. Masukkan semua bahan tadi di dalam periuk
2. Renehkan 15-20minit atau sehingga masak dengan api yang perlahan
3. Siap untuk dihidangkan... :)

No comments: